“FRONT FACING” DI DALAM BABY CARRIER

TENTANG “FRONT FACING” DI DALAM BABY CARRIER.

Saya menulis tentang perkara ini kerana ramai yang bertanya tentang Front Facing (FF) kepada saya sejak bertahun lama. Pada yang mengenali saya dan berkesempatan menghadiri kelas- kelas babywearing saya mesti tahu pandangan saya yang “impartial” berkenaan isu ini. Ada juga yang beranggapan bahawa saya menolak mentah-mentah amalan ini (walaupun itu bukan pendirian saya) tapi tak apa lah 😅

Carrier yang membolehkan bayi digendong menghadap ke depan dicipta untuk memenuhi kehendak penjaga (terutamanya kaum BAPA) yang ingin “bonding” dengan anak mereka melalui kaedah “exploration”.

Baru-baru ini, saya berkesempatan menghadiri ceramah oleh Dr Henrik Norholt (Saintis Ergobaby) dan hasil dari perbincangan dengan beliau, berikut antara perkara-perkara yang saya pelajari tentang bila menggendong bayi menghadap ke depan dibolehkan:

1. Bayi mempunyai kawalan leher dan kepala yang baik- biasanya bayi yang berusia 6 bulan ke atas. Bayi pada umur ini juga sudah bersedia dari segi perkembangan untuk menjelajah (exploring)

2. Bayi dihadapkan ke depan dalam tempoh yang sekejap sahaja (paling lama 30 minit) dan perlu dipusing menghadap penggendongnya semula selepas itu.

3. Bayi dihadapkan ke depan di dalam suasana yang terkawal sahaja, iaitu di tempat yang tidak sibuk seperti di rumah sendiri (bukan di shopping mall dll)

Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa yang menggendong ialah keselamatan bayi. Pastikan peraturan “TICKS” sentiasa dipatuhi dan jangan menggendong menghadap ke depan semasa bayi anda sedang tidur (ya bunyinya seperti common sense je ni, tapi ramai yang masih melakukannya).

Jadi, FF boleh ke tak boleh? Keputusan itu terletak di tangan anda 😊.

Semoga penerangan ini bermanfaat untuk semua. Marilah kita menjadi ibu bapa yang lebih prihatin tentang keselamatan anak-anak kita semasa menggendong.

Happy babywearing!

 Dr Izam Suziani
Certified Babywearing Consultant, MTL
Trageschule UK
Baby Wearing by BabyUltra.

FB Dr Izam Suziani 6 Ogos 2018.

Picture credit to ergobaby.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: