Bayi Panas di dalam Carrier?

Salah satu soalan yang sering saya terima ialah, “Tak panas sangat ke baby dalam carrier ni?”. Ini sebenarnya satu soalan yang baik memandangkan iklim negara kita yang panas sepanjang tahun. Bayi pula (terutamanya bayi pramatang atau berumur kurang dari 6 bulan) masih belum berupaya menguruskan suhu badannya tanpa pertolongan orang dewasa. Jadi, bagaimana memastikan bayi anda tidak terlalu panas semasa berada di dalam carrier?

Jom baca tips saya.

 

Gunakan kaedah “layering” atau menambah/ mengurangkan helaian kain pada badan bayi. Ini bermaksud, kenakan pakaian nipis pada bayi dan tambahkan pakaian jika perlu.

  • Sebelum itu, anda mesti faham bahawa baby carrier anda akan menyumbang kepada lapisan yang menutupi badan bayi:
    • Wrap dalam keadaan FWCC: 1 lapisan
    • Wrap dalam keadaan PWCC: 3 lapisan
    • SSC (bergantung kepada ketebalan): 1-3 lapisan
    • Ring sling: 1 lapisan
    • Oleh itu, bayi yang digendong dalam ringsling, contohnya, sudah memakai 2 lapisan kain pada badannya (termasuk pakaiannya jika 1 lapisan)
  • Contoh 1: bayi memakai t shirt nipis dan seluar pendek semasa beriadah di luar. Apabila masuk ke shopping mall yang sejuk, tambahkan sehelai lagi baju lengan panjang serta seluar panjang supaya bayi tidak sejuk.
  • Contoh 2: bayi memakai t shirt dari rumah. Setibanya di padang untuk hari sukan sekolah abangnya, tanggalkan baju tersebut dan biarkan bayi dibalut oleh kain wrap sahaja.

 

Bagaimana menentukan suhu badan bayi OK?

  • Secara mudahnya, semasa bayi berada di dalam carrier, cuba letakkan tangan anda  pada kulit bayi di belakang atau hadapan badannya yang dilitupi kain- adakah badannya panas? Jika YA, tanggalkan bajunya sebelum memakai semula baby carrier. Nota: Jika anda merasa panas dan berpeluh, ini tidak bermakna bayi anda juga merasa yang sama. Periksa suhu kulitnya seperti diajar di atas.
  • Jangan lupa merasa tangan dan kaki bayi- pakaikan stokin dan sarung tangan jika sejuk

 

Berapa banyak lapisan yang bayi perlu?

  • Sebagai panduan kasar, bayi cuma memerlukan 1 lapisan lebih dari apa yang dipakai oleh penggendongnya.
    • Contoh: Anda memakai T-shirt (1 lapisan), maka bayi anda perlu memakai T-shirt juga di dalam carrier (1 lapisan tshirt +1 lapisan carrier = 2 lapisan kain)

 

Nota tambahan.

Pastikan anda sentiasa memerhatikan keadaan bayi semasa di dalam baby carrier. Bayi yang normal biasanya akan menunjukkan tanda-tanda tidak selesa seperti menangis dan muka kemerahan jika panas (overheating). Keluarkan bayi dari carrier, lap badannya dengan air paip atau berdiri berdekatan kipas untuk membantu menurunkan suhu bayi.

Jangan dibiarkan sehingga bayi menunjukkan tanda-tanda “heat exhaustion” iaitu muka bayi merah dan panas, kaki dan tangan sejuk, banyak berpeluh, degupan jantung laju, bayi merengek dan mula kurang aktif- jika ini terjadi, bawa bayi berjumpa doktor dengan segera.

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.

 

Dapatkan diskaun 10% untuk baby carrier ergonomik dari sekarang hingga 1 Ogos 2018  di sini. Gunakan voucher BABYBLOG untuk menebus voucher anda!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: