Woven vs Stretchy Wrap

Dalam memilih kain gendong atau wrap, ramai pasti tertanya-tanya- yang mana satu patut dipilih? Apa perbezaannya?

Kain wrap merupakan antara baby carrier yang paling disukai kerana ianya sangat selesa bila digunakan. Antara faktor yang menyebabkan ianya selesa ialah kebolehan mendapatkan posisi bayi dalam keadaan paling semulajadi dan rapat, serta perasaan seolah-olah tidak memakai carrier kerana tiadanya “buckles”.

Kedua-duanya juga carrier pilihan kerana sesuai digunakan dari bayi baru lahir- satu faktor penting kerana itulah waktu bayi paling banyak memerlukan perhatian serta didukung.

STRETCHY WRAP

Kebanyakannya diperbuat dari kain yang memeri (stretchable) seakan-akan kain T-shirt. Walau bagaimanapun, kadar memeri sesuatu kain itu berbeza-beza mengikut jenis kain yang digunakan.

Faktor ini menyumbang kepada tempoh stretchy wrap itu boleh digunakan- jika sangat memeri (2-way-stretch), kain akan cepat melendut dan tidak boleh digunakan untuk tempoh yang lama.

Ada juga kain yang 1-way-stretch- bermaksud ianya cuma boleh ditarik dalam 1 arah sahaja (contoh: Firstwrap). Ini membolehkannya menampung berat bayi yang lebih banyak, dan boleh digunakan untuk masa yang lebih lama.

Seelok-eloknya, cari kain yang tidak terlalu memeri dan boleh menyerap peluh dengan baik dan tidak licin, contohnya kain kapas (cotton).

 

16 copy
Firstwrap Stretchy Wrap (1-way-stretch)

 

WOVEN WRAP

Woven wrap merupakan kain yang ditenun sama ada menggunakan mesin atau tangan. Woven wrap berbeza-beza jenis dan kualiti bergantung kepada jenis benang (cotton, silk, hemp, linen, wool, bamboo dll), ketebalan benang dan jenis tenunan (weave) yang digunakan untuk menghasilkan wrap tersebut. Oleh itu, kualiti gendongan (wrap quality atau “feel”) juga berbeza mengikut jenis kain wrap yang digunakan.

Kelebihan woven wrap ialah ianya sangat versatile- boleh digunakan dari bayi baru lahir hingga ke besar (ada yang digunakan sehingga anak berumur 4-5 tahun) dan ianya boleh digunakan dengan pelbagai cara (gendong depan, belakang dan sisi). Hanya satu kekurangannya- anda perlu belajar cara mengikatnya dengan betul (yang sebenarnya tidak susah pun!). Saranan saya- cuba kaedah Front Wrap Cross Carry (FWCC) dahulu dan jangan segan untuk mendapatkan nasihat dari Babywearing Consultant jika anda menghadapi kesukaran- kerana woven wrap sangat mengasyikkan jika anda tahu cara penggunaanya yang betul!

Saksikan video-video ini untuk memahami dengan lebih lanjut:

Perbezaan material woven dan stretchy

1-way vs 2-way stretch Stretchy Wrap

Cara pemakaian Stretchy Wrap

Cara pemakaian Woven Wrap

Untuk pembelian, sila Klik di sini

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: