Ring Sling (RS)

Tau tak ring sling (RS) adalah di antara babywearing gear yang paling simple/ mudah jika kena cara pakainya?

Haa.. ring sling merupakan ‘to go’ carrier saya. Kalau tengah nak cepat, memang saya capai ring sling dulu.

 

Ring sling diperbuat dari sehelai kain panjang (sekitar 2 meter) yang di hujungnya dijahit sepasang rings (gelung).

Fabrik

Kainnya boleh diperbuat dari pelbagai fabrik, termasuk fabrik wrap (dipanggil wrap conversion ring sling- WCRS).

Panjang fabrik menentukan saiz sesuatu ring sling. Secara amnya, saiz S panjangnya 1.8m, size M 2.0m dan saiz L 2.2m (bergantung kepada pembuat)

Pemilihan saiz fabrik bergantung pula kepada saiz penggendong. Secara mudahnya, pilihlah saiz ring sling bergantung kepada saiz baju anda (jika dipakai ketat). Labuh ‘ekor’ ring sling juga sebaiknya tidak melepasi lutut anda atau menceah lantai demi keselamatan semua.

Material Gelung

Gelungnya juga diperbuat dari pelbagai material, tetapi yang selamat digunakan ialah gelung aluminium, metal dan nylon. Cuba jangan gunakan gelung plastik, kerana gelung plastik tidak cukup kukuh dan mudah pecah.

Bahu atau “shoulder”

Bahagian di mana gelung dijahit pada kain dipanggil “shoulder”. Shoulder ring sling merujuk kepada bagaimana ianya dijahit. Ada pelbagai jenis “shoulder” ring sling, antaranya gathered, pleated, estee, padded, hotdog dan lain-lain lagi. Soalan seterusnya ialah, “Macam mana saya nak tau mana shoulder mana yang sesuai untuk saya atau yang paling best?”. Jawapannya ialah- CUBA DULU baru tahu πŸ™‚

shoulders2

*Imej dari Crazy Babywearing di Pinterest

 

Bila boleh mula guna ring sling?

Ring sling boleh digunakan dari bayi baru lahir sehingga ke besar (selagi mana kita larat nak menggendong anak kita dengan sebelah bahu). I want to win! I want to win!

So, dah bersedia nak explore sing sling?
Untuk melihat demo pemakaian ring sling klik di sini

Untuk melihat pilihan ring sling di Baby Ultra klik di sini

 

Happy Ring Slinging!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s