Soft Structured Carrier (SSC)

Di sini saya nak ceritakan tentang Soft Structured Carrier atau lebih mesra dipanggil SSC. Ada juga yang panggil beg baby atau bag pack, tapi tu bukan nama betulnya la.

SSC ada banyak jenis. Boleh dibahagikan kepada banyak kategori juga- berdasarkan saiz baby, saiz pemakai, jenis fabrik yang digunakan dan lain2 lagi. Untuk memudahkan, saya explain ikut kategori saiz dulu.

Jenis2 SSC ikut saiz baby:

  1. Infant (newborn)-
    • ni kalau ikut claim, boleh dipakai dari baby baru lahir. TETAPI… tengok la juga saiz anak masa lahir tu. Kalau lahir berat tak sampai 3kg, mungkin takyahlah letak dalam SSC dulu. Tunggu besar sikit. Bukan apa, takut anak tenggelam dalam tu dan berisiko untuk lemas.
    • Lagi satu, tengok ‘tone’ badan anak camana juga. Tone tu apa doc? Tone tu kekuatan otot baby. Baby yang lahir agak ‘lembik’ badannya (mungkin normal, mungkin ada kelainan upaya seperti Downs Syndrome dan lain2 keadaan) tidak digalakkan digendong di dalam SSC- tunggu dulu sekurang2nya sehingga dia cukup kuat untuk menyokong badannya sendiri.
    • Oleh itu, sebelum menggendong baby newborn di dalam infant SSC, check dulu- ‘padat’ tak anak saya kat dalam ni? Adakah SSC ni menyokong badan (dan pernafasan) anak saya dengan baik? Adakah saya boleh mematuhi TICKS bila menggendong anak saya di dalam ni?
    • Kalau semua OK, baru teruskan menggunakan SSC tersebut. Selalunya SSC newborn boleh digunakan sehingga bayi berumur 8-12 bulan sahaja kerana rata2 body panelnya adalah kecil (depends pada saiz baby juga)
  2. Standard
    • Ni saiz biasa/ normal/ standard la.. biasanya sesuai dari bayi 4 bulan (kalau baby terlajak besar dan ada infant insert/ seat, 2 bulan+ pun dah boleh cuba- pastikan mematuhi TICKS) hinggalah anak tu berusia dalam lingkungan 2 tahun+ bergantung kepada saiz.
    • Ada sesetengah SSC ada foot rest/ straps- kegunaannya ialah untuk anak2 yang dah besar dan agak panjang meletakkan kaki mereka di situ supaya tidak lenguh dan menyokong kedudukan mereka dalam spread squat position.
    • Jadi, nilah antara saiz yang boleh digunakan paling lama dan selalunya SSC standard boleh menyokong berat sehingga 20kg.
    • I want to win!
  3. Β Toddler
    • Huh? Untuk toddler pun ada? Ada diknon… ni as its name suggests, untuk anak2 yang lebih besar- dalam lingkungan 3-4 tahun
  4. Preschool
    • Kalau rasa toddler pun dah melampau, ni nak bagitau, saiz Preschool pun ada dik! Ni kiranya saiz habis besar la ni.. untuk kanak2 berusia dalam 5 tahun gitu. Eh, jangan kata tak kuasa nak gendong dik… Kalau ada SSC preschool yang cun fitting dia, budak 5 tahun pun weightless tau? Kau hado?

Jenis SSC mengikut saiz pemakai:

Yang ni selalunya in terms of panjang straps sebab straps la yang akan pergi keliling pemakai, ye dak? So, ada straps petite, standard dan extra large.

Tapi sekarang dah ada Perfect Fit Adjuster (PFA) pada most shoulder straps. Fungsinya ialah untuk memendekkan lagi standard straps, supaya boleh dipakai oleh mereka yang petite badannya.

Ada juga sesetengah pengeluar SSC menghasilkan extender untuk mereka yang berbadan besar.

Jenis SSC mengikut fabrik

Selalunya SSC dibuat menggunakan fabric cotton kerana lebih menyerap peluh. Ada juga yang menggunakan fabrik2 lain, contohnya yang sesuai untuk aktiviti air dll.

Ada juga orang yang suka menggunakan SSC yang diperbuat daripada fabric wrap (jadi jenis kain terpulang kepada jenis kain wrap- cotton/ hemp/ linen dan sebagainya). Wrap jenis ini dipanggil WRAP CONVERSION SSC. Ada yang kata lagi sedap pakai berbanding kain cotton biasa. Yang pastinya, harganya tentulah lebih mahal kan?

Kesimpulannya, gunakanlah mana2 jenis SSC pun- asal sesuai dengan bayi, badan anda, taste dan opkos bajet anda. Pastikan selamat dan mematuhi TICKS rules. Dan cuba sedaya upaya anda untuk TIDAK MEMBELI FAKE CARRIER (boleh baca tentang fake carrier di sini).

Pelajari cara2 mengukur SSC anda untuk mengetahui kesesuaiannya untuk bayi and di sini.

Klik di sini untuk menonton video demo pemakaian SSC.

Untuk melihat pilihan SSC yang terdapat di Baby Ultra, klik di sini.

Happy safe babywearing!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s