Gendong mengangkang bayi jalan kengkang?

“Tak sakit ke bawak baby kangkang camtu?”

“Takutlah nak kangkangkan baby… Nanti dah besar dia jalan kengkang”
πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Banyak kali saya dapat soalan sebegini.. Rasa macam dah tak larat nak jawab dah haha.. Tapi atas dasar tanggungjawab, saya nak kena sampaikan juga pada ibu bapa sekalian jawapannya.
Cuba perhatikan bayi anda bila dia berbaring dan bila anda mengangkatnya. Kakinya tak lurus ke bawah bukan? Terbengkok dan terkangkang seperti gambar2 di bawah kan? (Kecuali bayi yang ada masalah hypotonia kakinya akan lurus dan tidak berdaya)
Cuba anda angkat bayi anda pula.. Kakinya automatik akan terbengkok dan terkangkang juga bukan?
Tahukah anda apa sebenarnya yang sedang berlaku???
Sebenarnya ianya suatu tindakan semulajadi bayi untuk menyediakan dirinya untuk digendong!
Malah, sudut kengkangannya atau “spread squat position” berkadar terus dengan saiz sisi pinggang ibu/ penggendongnya! Macam jigsaw puzzle gitu! Padanan yang tepat! Ni bukan saya reka tau… Memang ada kajian yang dibuat oleh saintis untuk membuktikannya (boleh google Intuitive Parenting dan Hip Dysplasia)

Jadi, anda seharusnya tidak risau untuk menggendong anak dengan keadaan kakinya terkangkang- ianya menyokong bayi dalam keadaan sangat semulajadi dan memenuhi keperluan bayi untuk rapat dengan ibunya!

Happy babywearing!
❀Dr Izam Suziani

http://www.babyultra.com.my

Gambar diambil dari buku “A Baby Wants to be Carried” oleh Evelin Kirkilionis.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s