Fake Carrier/ Alat Gendong Tiruan

FAKE CARRIER atau CARRIER PALSU (tak kira la gred apa)

Dear Mommies and Daddies,

Alhamdulillah sejak akhir2 ni, ramai yang berminat nak ber-babywearing- Syabasss!!! Saya mmg sangat gembira dengan perubahan pemikiran org Malaysia yang dah semakin terbuka dengan amalan menggendong bayi masing2.

Just nak bagi peringatan, kalau nak carry baby tu, silalah dan BERUSAHAlah untuk beli yang ORIGINAL sahaja. Bukan tiruan, gred AAA ke apa ke.

Bukan apa, carrier tiruan ni takde guarantee atas keselamatan anak2 anda (warranty memang ada- tapi tiruan jugak! Adoi la). Dah banyak kes baby terjatuh dari carrier yang fake ni- ada yg koma lagi- sebab buckle patah especially. Kalau perkara ni terjadi pada anak anda, siapa nak tanggung? Anda jugak… nak claim warranty, nak saman pun takleh…

Kalau kita dan suami kita mampu memiliki smart phone seorang satu untuk layan FB, IG, twitter dan sebagainya, inshaAllah kita juga mampu invest in a good baby carrier. Bagaimana caranya?

  • menabung untuk membeli carrier original
  • join kutu yang dianjurkan oleh penjual2 baby carrier original
  • beli carrier ‘preloved’ (second hand) yang masih elok

 

Kalau kita tak mampu sangat2, memang hidup susah sangat2, makan kais pagi makan pagi, pakai baju lama2, dan kita hanya mampu untuk menggunakan carrier tidak ergonomik atau tiruan sahaja kerana kesempitan hidup, then nak buat camana? (Tips ni juga boleh diguna pakai untuk mereka yang menggunakan carrier ergonomik/ original)

  • belajar tentang keselamatan bayi di dalam baby carrier iaitu TICKS- fahamkan dan hadamkan betul2 dan pastikan kita sentiasa mematuhi TICKS semasa menggendong
  • menggunakan kain batik lepas (risiko wear and tear)
  • periksa baby carrier SETIAP KALI hendak menggunakannya
    • adakah kainnya masih kukuh (tidak rapuh) dan tidak terkoyak?
    • adakah straps (talinya) tidak terkoyak/ tertetas dari tempat sambungan body panel?
    • adakah tanda2 merekah atau pecah pada buckle?
  • sokong pinggul bayi dalam keadaan spread squat position dengan menggunakan sehelai kain panjang
  • sentiasa berjaga2 dengan memegang anak anda walaupun dia berada di dalam carrier

Banyak kan perkara kita kena berhati2 bila menggunakan carrier sebegini? So, kalau mampu beli yang lebih baik, apa salahnya- walaupun keselamatan juga mesti diutamakan semasa menggunakan apa2 jenis carrier, sekurang2nya hati kita lebih tenang dengan carrier yang ada valid warranty.

Jom kita babywearing dengan selesa dan selamat.

*Disclaimer: Walaupun saya menyatakan cara2 menggunakan carrier non-ergonomik/ non-original, ini tidak bermaksud saya menyokong penggunaannya. This is the best you can do in the worst of situations*

 

P/S: I dont really agree on how the media is trying to portray babywearing as a fashion or trend. It’s a part of natural parenting. Bila dipandang sebagai trend, tu yang orang semua nak babywearing- tak pikir dah pasal keselamatan anak. Asal bergaya. Jangan begitu ya mommies?

Happy SAFE Babywearing! β€” Love, Izam. -feeling worried.

fake

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s