Keselamatan semasa menggendong

Hari ni saya keluar dating kat Alamanda Putrajaya (yelah tu.. gi beli barang rumah je sebenarnya πŸ˜…).
Happy tengok ramai ibu bapa menggendong anak mereka. Macam2 carrier ada.. Boba, ABC, Snuggbaby, Jumpsac (saya kalau keluar jalan2 memang saya perhati satu2 carrier yang korang pakai tau?) dan macam2 lagi.
Ada juga terpandang beberapa orang yang cuba menggendong anak ‘properly’ di dalam carrier, tapi tak berjaya. Maksud saya, carrier ada pada badan pemakai, tapi anaknya berada di luar (di lengan pemakai, macam tanpa carrier). Kebanyakan mereka ini menggunakan carrier yang tidak ergonomik.
Dalam hati rasa bercampur baur. Happy pun ada, kesian pun ada. Rasa macam nak amik mic dan buat ceramah babywearing dan2 tu jugak pun ada (mak memang over) πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Jadi saya terfikirlah nak buat satu pesanan khidmat masyarakat ni.

Back to basic, peeps.

Camana kita nak pilih carrier yang terbaik, selesa & selamat:
1. Anak dalam carrier berada RAPAT dengan badan kita. Kalau boleh, jangan ada lagi satu lapisan antara kita dan anak tu (kiranya mcm skin to skin jugak la)
2. Anak sentiasa boleh diLIHAT sepenuhnya. Jangan tenggelam dalam carrier tu.
3. Kepala anak cukup TINGGI dan mudah untuk kita cium.
4. DAGU anak jangan rapat dengan dadanya a.k.a. tertunduk (nanti anak takleh nafas dan lemas)
5. Keseluruhan bahagian BELAKANG anak (termasuk leher dan pehanya dari lutut ke lutut) disokong oleh carrier. Anak dalam keadaan duduk mencangkung dan bukannya tergantung *ouch!

TICKSpiktochart

Apa2 pun, saya puji effort anda hendak menggendong anak anda (itu yang buat saya happy). Syabas! Cuma mungkin anda tak tahu saja bagaimana nak pilih carrier yang sesuai, kan? Of course we all want the best for our children ❀
Senang2 datang je ke Baby Ultra. I want to win! Kita bagi try test tengok. Rasalah sendiri keasyikannya tuh. That’s the purpose of our existance anyway!
Haaa… jadi lepas ni takyah dah membazir beli carrier yang tak sedap nak pakai. Pastu cakap babywearing ni tak bagus. Jadilah pengguna yang bijak.

Pesanan khidmat masyarakat ni dibawa oleh BabyUltra 😊😊😊
Happy Babywearing you all!

P/s: siapa pandai reka mnemonic TICKS dalam BM saya belanja πŸ˜‰

Untuk pilihan ergonomic carrier sila klik di sini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s