Tips Pemilihan Saiz Wrap

12688341_10153173893491920_2633032847173292376_n

[ CARA MEMILIH SAIZ WRAP YANG SESUAI ]- part 1

Sebenarnya, tiada istilah “saiz wrap yang betul”. Semua orang boleh pakai saiz apa pun yang dia pilih, cuma dia kena tahulah- dengan saiz wrap yang dipilih tu, apa gaya (atau jenis “carry”) yang dia boleh lakukan.

Antara soalan2 yang perlu ditanya sebelum memutuskan saiz wrap yang hendak dipilih ialah:

1. Siapa yang akan pakai wrap itu?
2. Bagaimana saiz dan bentuk badan pemakai (dan anak yang akan digendong)
3. Cara mana (which carry) yang nak diguna? ni kalau kita dah tahu gaya2 yang ada, dan kita dah ada plan bila kita nak pakai/ untuk aktiviti apa/ kes anak istimewa dll
4. Kecekapan atau pengalaman menggunakan wrap- newbie atau otai?
.
.
.
MENENTUKAN SAIZ ASAS (BASE SIZE)
Base size ialah saiz wrap di mana kebanyakan gaya/ carries boleh diaplikasikan oleh seseorang. I want to win! Base saiz juga secara mudah boleh juga dirujuk sebagai saiz wrap di mana seseorang itu boleh membuat gaya Front Wrap Cross Carrry (FWCC) dengan mudah & cukup panjang kainnya.

Dengan base size, secara amnya, anda boleh membuat gaya2 berikut:
• Front Wrap Cross Carry (FWCC)
• Front Cross Carry (FCC)
• Hip Carry with a long wrap (Robin’s)
• Pocket wrap cross carry (PWCC)
• Double Hammock back carry (DH)
• Back Wrap Cross Carry (BWCC)

Gunakan carta ini untuk menganggarkan base size anda:
• Badan “petite” (pakaian saiz XS-S)- wrap size 4 (3.7m)
• Badan kecil (pakaian saiz S-M)- wrap size 5 (4.2m)
• Badan sedang (pakaian saiz M-L)- wrap size 6 (4.7m)
• Badan besar (pakaian saiz L-XL)- wrap size 7 (5.2m)
• Badan extra besar (pakaian XL-XXL)- wrap size 8 (5.7m)
.

 

PART 2- [ TIPS PEMILIHAN SAIZ WRAP]
.

Gunakan wrap yang lebih pendek (tolak 1 atau 2 saiz dari base size) jika:
• Anda cuma hendak membuat “short carries” sahaja iaitu gaya yang sesuai untuk wrap pendek sahaja, contohnya Kangaroo, Short Cross Carry, Rucksack dan Simple hip carry (simple hip carry cuma memerlukan saiz 1 atau 2 sahaja).
• Anda mahukan wrap yang boleh dilipat kecil dan dibawa dengan mudah.

Gunakan wrap yang lebih panjang (tambah 1 atau 2 saiz dari base size) jika:
• Anda ingin memastikan anda boleh membuat semua jenis gaya long wrap
• Anda ingin membuat “fancy finishes”. I want to win!
• Anda sukakan “ekor” yang panjang (jangan terlalu panjang demi faktor keselamatan)
• Anda perlukan lebih “layers” untuk membaluti anak anda
• Anda ingin menyusukan anak anda di dalam wrap
• Anda berkongsi wrap dengan seseorang yang lebih besar dari anda

Untuk melihat jenis2 carry atau gaya menggendong, sila ke album ini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.547502468738352.1073741889.110427862445817&type=3

Untuk melihat pilihan wrap, klik di sini.

Happy Babywearing!

Dr Izam Suziani
Certified Babywearing Consultant, Trageschule.
*Penerangan ini adalah secara ringkas dan am sahaja serta mungkin memerlukan konsultasi secara one to one untuk ketepatan*

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s