image BW gear mana sesuai…?

“Kak Izam, saya baru lagi dalam babywearing ni. Carrier mana yang sesuai ya?”

Ermmm…

Everytime you all tanya soalan ni kan, i mesti tergamam jap.. or lamaaa.. ;). Last2 i tanya balik- “Dik, awak nak carry anak umur berapa ek? Apa keperluan awak ek?” <– haa… cer citer skit. Soalan tu memang wajib dijawab dengan soalan ye, takde cara lain. Sebab keperluan orang semua lain2. Jadi, sebaik2nya, sebelum tanya saya, kena pikir dulu, dan kena baca sikit. Saya tahu, banyak nak kena baca, so saya akan attempt utk meringkaskan utk anda. Pastu, saya tahu jugak, bukan semua orang terer English.. nak baca boleh, tapi susah nak paham kan? So kita cuba settlekan masalah tu di sini ya? Owh, and at one point saya akan tanya gak “bajet berapa?” – bukan sebab apa, tapi babywearing gears ni harga berbeza and the difference between them most of the time is HUGE, so saya perlu tahu in order to make suggestions.

SEBELUM tu… kena tahu jenis carriers yang ada.. So, ni basic carriers: Wrap, Ringsling, Mei Dai, Soft Structured Carrier (SSC). Yang hybrid lain kali kita citer 

1. Soft Structured Carrier (SSC)

10154219_287164808105454_1018009067_n1964886_287164764772125_1415481188_n

SSC ni antara carrier yang paling popular. Sebab dia nampak macam crotch carrier yang biasa didapati senang nak pakai dan daddy friendly. Tu antara strength dia. Lain2- erm cantik, selesa, boleh custom, senang nak travel, kalau size badan wearer sama boleh share, ada size berlainan utk fit different ages (ni boleh jadi disadvantage jugak) and kalau fitting kena ngan badan.. uuiii sedap pakai you..

Disadvantages- one size does not fit all! Sebab baby membesar kadang2 mak pak dia pun membesar gak So SSC ni macam skirt la (analoginya). You boleh je beli satu je skirt untuk anak perempuan you (sebab nak jimat kan- nak beli satu je yang dia boleh pakai dari kecik sampai besar *adoi mak dah ter-keluar laser ya ampun!*)- tapi kena adjust la bagi muat cantik kan?

So masa dia kecik, mungkin skirt tu nak kena lipat kat pinggang takut labuh sangat and kena ikat sekali so tak longgar. Bila anak you dah besar skit (kiranya umur sama macam yang tulis kat label skirt tu), then skirt tu muat cantik2 je, terletak je kat lutut dia. Pastu, bila anak you dah semakin besar dan tinggi dan you still taknak beli skirt baru kat dia  , skirt yang sama tu jadilah skirt pendek ketat lak… betul?

So, boleh je nak beli SSC yg standard size ke, tapi kena la adjust (tweek) sana sini nak bagi sesuai dgn baby. Tapi, tak sedap utk you and baby, and nampak pun pelik la skit pada masa2 yang baby tak fit the size 😉 dan ada juga isu keselamatan apabila anda tweek SSC anda.

Anyway, (if manufacturer permits) dalam konteks SSC, kena cinch the base- amik tali dan ikat bahagian bawah SSC tu untuk mengecilkan dasarnya. Ataupun, alaskan punggung bayi dengan bantal kecil atau rolled towel. Nanti kita buat tutorial untuk pakai SSC ngan baby kecil ok? Owh, some SSC ada infant insert sekali untuk memudahkan kita babywear baby kecil.

Better pakai SSC ikut size baby- infant size, standard size, toddler size or preschool size. *Infant size Kinderpack siap ada built-in cincher- fitting sangat ngam ngan small babies!*

Mommies boleh tengok pilihan SSC di sini

2. Ringsling

1460256_245927245562544_2142970863_n

Ringsling ni sangat best. Ramai yang ingat ringsling ni cuma boleh pakai masa baby kecik je. Dah besar takleh pakai dah. Salah tu dik… RS ni boleh pakai dari baby baru lahir sampai la bila2 mak dia larat nak gendong dengan sebelah bahu. Rahsianya ialah kainnya haa… Basicly, kain nipis sedap pakai masa baby ringan lagi. Semakin besar anak tu, kena la cari yg kain “tebal” atau berat skit. Having said that, nipis tak bererti tak supportive, tebal tak bererti tak airy (panas). Tapi kalau you tanya i la kan, jenis kain apa nak guna utk ringsling kan (susah oi nak jawab tu), secara amnya i akan suruh you cari wrap conversion ringsling (WCRS). Jenis wrap blend, kita bincang di lain post ok?

Lagi satu, ramai jugak yang bagitau i, “Saya ada RS, tapi susah lah nak pakai. Last2 tak pakai”. RS ni, like any other babywearing gears, ada learning curve dia. So, ada cara nak pakai. Kalau kena cara, sedap sangat rasanya, and senang sangat nak pakai. I want to win! Mana2 pergi pun nak kena bawak RS. Nak belajar pakai RS? Carilah babywearer yang berdekatan ngan anda atau join kelas Baby Ultra 😉

Jom tengok pilihan ring sling di sini (diskaun Raya 30% off tau?)

3. Meh Dai

1459916_245928128895789_794568978_n 1459916_245928132229122_707335829_n

Meh Dai ni asalnya dari negara China. MD ni macam SSC jugak, cuma takde buckles. Shoulder straps and waist straps digantikan dengan kain/ strap yang panjang, jadi perlu diikat. You can nearly always get a good fit, sebab you can adjust ikut kesedapan memakai. And you will get nearly the same effect as wrapping kalau you guna wrap conversion meh dai.

Sesuai untuk siapa? MD sesuai untuk baby dari lahir sampai besar. Juga depending on the meh dai’s size. Kalau lebar, still kena cinch kat bawah (amik tali atau riben and ikat bhgn bawah untuk mengurangkan kelebaran MD tersebut), just like kita buat ngan SSC. Some MD ada build in cincher, so boleh pakai dari baby kecik sampai besar.

4. Wrap

485490_287164171438851_790665236_n  1975143_287164421438826_736608303_n

Wrap… terlalu banyak untuk diperkatakan tentang wrap. Wrap ni sejenis kain panjang (well, ada banyak size. Ada gak yang pendek yang kita panggil “shortie”)- dibuat dari banyak jenis fabric- stretchy/ gauze/ woven. Stretchy wrap dibuat dari kain yang macam Tshirt, gauze kain yang macam kain lampin. So, stretchy dan gauze wrap ni lebih sesuai untuk baby kecil. Yang paling best and versatile ofkos la woven wrap.

Woven wrap dibuat dari benang yang ditenun. Benang yang digunakan biasanya cotton. Pastu kadang2 dicampur dengan benang lain (this is a simplified explanation la kan)- sama ada silk, linen, hemp dll. dalam peratusan yang tertentu. Cara benang ditenun (weave) pun lain2. Jenis benang dan cara benang ditenun ni akan memberi kelainan dari segi support, cushiness, texture, airiness, moldability dan grip (and obviously HARGA). Apa ni kak? Tak paham! Tak paham! Kalau nak tau lebih, kena la baca lebih skit, pastu kita diskas.

Size wrap- size ada banyak, yang basic/ standard nya kita refer as size 1-8 (berdasarkan panjang kain). Kelebaran akan ikut jenama (kalau baru nak start wrapping, jangan cari yang lebar sangat unless you are carrying a toddler). Dalam memilih size wrap, kena take into consideration jenis carry yang dibuat, size badan anak dan jugak size badan kita. Selalunya kalau jenis badan orang Malaysia yang standard la kan, kita suggest size 6 sebagai base size. Kalau you jenis badan besar, then go for size 7. Kalau petite macam budak kecik, size 5. Then we go from there. Lama2 bila dah terer la kan, bagilah size apa pun- you can rock it! Chewah!

Ni size wrap Didymos. Most wraps sizenya sama la macam ni, lebih kurang…

Größentabelle GB Shop

Tu sebab sebelum nak beli wrap, the best thing is to try them first untuk tahu jenis apa and size apa sesuai untuk carry yang nak dibuat. Yup, ada banyak jenis carry, ataupun dlm erti kata lain, banyak cara nak ikat wrap. Depan, belakang, sisi semua boleh. Selalunya untuk orang baru, pakai baby kat depan & sisi dulu. Dah pandai skit baru buat back carry.

OK, cukup lah dulu.. takut otak korang tak larat nak baca. Memanglah banyak lagi info yang takde kat sini. We go selow2 ok?

Nak tengok wrap, ada di sini

Any questions?

 

Advertisements

One comment

  1. assalamualaikum puan,
    saya baru dan x pernah carry bb sy hingga ank da masuk 2 tahun(ank kedua), baru ade peluang bbwearing ni.baru2 ni sy ade membeli preloved MT bamberoo..saya ade bbrp soalan:

    1) tinggi saya 145cm,berbadan kecil, adakah sy sesuai memakai MT?
    2) pertama kali saya carry kedua2 anak saya bahu terasa sakit..normal ke?tapi hubby saya carry ok je.
    3) baby ultra ade buat kelas x dalam mase terdekat ni,sb sy perlukn sgt bimbingan drpd yg pakar..klu x mcm sia2 je sy belikan..
    4)kalau mei tai ade half buckle, bole ke jadi fullbuckel?baby ultra ambil tembahan untuk pemasangan buckel x?
    terima kasih
    -raihan-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s