Manfaat Babywearing

Mengapa perlu babywear?

Perlu babywear, sebab babywearing can save your sanity! Boleh ke cakap camtu? Opkosss..

Faedah untuk anak:

  • membantu tumbesaran– anak yg dikendong lebih senang ‘preserve body heat’ dia, so dia tak banyak membakar lemak sendiri untuk memanaskan badannya. So lagi senang naik berat badan. Terutama bayi kecil dan pramatang. Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang selalu dikendong ‘KANGAROO CARE’ lebih cepat naik berat badannya. Kangaroo care, dalam konteks bayi pramatang juga, bagus untuk merangsang pernafasan bayi dan mengelakkan ‘sleep apnoea’ syndrome (di mana bayi berhenti bernafas tanpa rangsangan)
  • merangsang deria– sentuhan, penglihatan, bau, rasa, pernafasan- sebab anak sentiasa dekat dgn kita, dia disentuh selalu, dia boleh nampak sekeliling ‘sama level’ dgn org dewasa, dia boleh bau dan ‘rasa’ kita. Semua tu boleh bantu merangsang bayi
  • membantu anak membesar menjadi lebih yakin dan berdikari– camana tu? Haa… kalau masa kecik kita sentiasa ada dekat baby (atau baby rasa macam mak dia sentiasa ada bila dia perlukan maknya- sebab mak dia gendong dia la kan?), dia akan rasa lebih yakin bila dia besar nanti. Dia akan sentiasa tahu yang mak dia akan sentiasa ada bersamanya (walaupun tak secara fizikal) dan akan sentiasa menyokongnya. Logik tak? So, kalau ada makcik2 yang tegur- kau kendonglah selalu, nanti anak kau nak menempekkkk je- ermmm makcik, baby memang perlukan maknya lepas lahir, dekat 9 bulan atau lebih jugak lah, lepas tu dia pandailah dia berdikari… *makcik tak pernah dengar pasal NINO ke? Nine in Nine out? <– ececeh… jgn la cakap camtu nanti makcik terasa hati laks ishhh…
  • melegakan kembung perut- bayi baru lahir la especially, selalu kembung perut. Bila dah kembung, melalak je la kerjanya. Letak, nangis. Dukung, diam.. Adeh.. letih dik… mak nak rehat jugak. Jadi, apa penyelesaiannya? Gendong lah.. letakkan dia dalam prompt up position (tummy to tummy)– tegak; pakai dia rapat2.. inshaAllah legalah dia. Kita pun boleh la tido sambil peluk baby *make sure baby tak jatuh tau?* dan tangan kita pun tak lenguh… Laki pun tak tension. Aman bahagia πŸ˜‰

Faedah untuk ibu bapa:

  • Membantu ibu bapa menjalankan aktiviti harian- semua benda boleh buat! Masak, mencuci, shopping… you name it- semua boleh buat inshaAllah. So takde alasan takleh buat kerja rumah sebab baby asyik nak dukung je…
  • Mengurangkan kecederaan pada tangan, tulang belakang dan lain2 anggota badan- self explanatory
  • Membantu ibu bapa bersenam dan mengeluarkan peluh! Bayangkan banyak mana kalori boleh dibakar dengan berjalan dengan ‘beban’ 10-20kg kat belakang… fullamak.. kejap je selim melim…
  • Memudahkan pemantauan anak, especially kat shopping complex atau mana2 tempat yg crowded. Tak larat dah nak baca pasal budak kecik yang hilang kat mall. Sedih hati mak. Pakailah mereka, gendong mereka, jangan bagi mereka berkeliaran. Please lah…
  • Tak payah tolak stroller kat tempat sempit (eee lemas tengok orang tolak stroller kat Baby Fair), or naik escalator- bahaya tau- kadang2 tayar stroller tu terlekat bila dah sampai atas/bawah- boleh terbalik stroller tu.. cian baby! Lagi satu… most babies tak suka baring/ duduk dlm stroller. Mesti nak dukung gak. So, babywear la senang skit.

Mungkin banyak lagi kebaikan menggendong ni yang saya tak sempat nak tulis kat sini. You can share your thoughts too?

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s