Apa itu babywearing?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan frasa ni sebab bila saya sebut “babywearing” ramai orang tanya- “apa tu?”. Ramai juga sangkakan babywearing ialah pakaian bayi! Ada jugak yang akan pandang balik kat saya dengan pandangan yg cukup confused  hehehe… So the aim of this post ialah untuk menerangkan apakah itu “babywearing”.

Baby+wearing… kalau direct translate ialah pemakaian bayi, betul tak? Dari segi bahasanya, ianya bermaksud perbuatan menggendong bayi atau anak, dengan menggunakan alatan gendong. Perkara ni bukan baru. Dah lama dah tok nenek kita duk kendong baby masa kecik2 kan? Kita je yang duk kata ni trend baru. For some reason, tradisi ni semakin pupus- maybe sebab kita dah terlalu mengikut arus kemodenan sampai kita dah lupa cara-cara asuhan secara alami (natural parenting). Kita rasa menggendong ni kolot, tak sesuai untuk ibu bapa zaman canggih ni. Kendong anak dah jadi kerja bibik *tepuk dahi*…

Maka rugilah orang-orang yang berfikiran sedemikian.

Best tau kendong anak sendiri?! Bayangkan ek (tutup mata dan bayangkan betul-betul)… rambut baby yang lembut memberus pipi kita, bau kulitnya (oohhh ni paling best!), pandangan matanya tepat ke mata kita. Then dia snuggle plak kat dada kita, sambil hisap jari pastu terus terlena dalam dakapan… best kan? kan? kan? Haa… kalau suruh bibik kendong, bibik la dapat rasakan semua tu.. pastu baby pun dah sedap ngan bau bibik dia… Paling penting- cium anak dapat PAHALA… siapa yang rugi?

Banyak lagi faedah menggendong bayi ni selain dari menggalakkan bonding antara ibu/ bapa dengan anak. Nanti saya cerita kemudian ek?

Ada jugak yang kata, “Bukan taknak dukung sendiri, tapi lenguh la…”. Haa… orang yang cakap camni mesti tak pernah cuba carrier2 yang ergonomic kan? Atau dalam kata lain, belum “teracun”.. Meh sini dik, akak racunkan baik punya hehehe… Sebenarnya, kalau kita pilih the right carrier, takkan ada istilah lenguh, sakit dll. Carrier yang ergonomic dan bersesuaian dengan badan kita (dan betul cara pemakaiannya of course)  akan buat anak kita rasa “weightless” gitu. Kalau tak, takde la kami ni semua suka sangat kendong anak-anak kami.

So, dah faham maksud babywearing? Dah bersedia menjadi babywearer menggunakan babywearing gears?

Jom follow!

Advertisements

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s